E-learning sempena Bulan Kebangsaan 2019 & Sesi Penyampaian Hadiah

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2019 (Sabtu), Pusat Internet PPR Seri Semarak telah menjalankan aktiviti e-learning (puzzle) sempena menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62. Aktiviti ini telah diadakan bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang dan dihadiri seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengingati dan memupuk semangat patriotisme dalam diri para peserta sempena bulan kemerdekaan. Aktiviti ini juga dapat menguji minda serta kemahiran para peserta menggunakan peralatan ICT. Selain itu juga dapat merapatkan hubungan sesama ahli pusat internet. Aktiviti pada hari tersebut diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mewarna dan Kuiz Kemerdekaan yang telah diadakan pada awal bulan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali